Senarai Terkini :
Home » » Rumah Permata Kasih

Rumah Permata Kasih

Written By Unknown on Monday 6 January 2014 | 18:03



PENGENALAN :

Rumah Permata Kasih adalah sebuah rumah kebajikan yang telah dibuka pada bulan Mei 2010 dan didaftarkan atas nama pendaftaran Pusat Jagaan Permata Kasih bernombor pendaftaran PG0264315-K. Rumah ini menempatkan seramai 25 orang anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat(asnaf zakat) termasuk yang tinggal dengan keluarga.

Rumah permata kasih bermatlamat tinggi untuk melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dan aman harmoni, yang mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri. Yang didalamnya terjalin hubungan rapat antara golongan kaya dan miskin iaitu dengan menjadikan kebajikan sebagai satu agenda utama masyarakat untuk mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan akhirat.

Golongan kaya perlu berperanan penting di tengah masyarakat dengan tuntutan keperluan manusia yang asasi. Merekalah agen pembangunan bagi masyarakat yang aman damai dan harmoni. Orang kaya berfungsi sebagai “bank kepada masyarakat” dan mereka mampu untuk menyelesaikan masalah orang-orang miskin dan memerlukan.Oleh kerana dari sifat-sifat pemurah terutamanya dari- pada orang-orang kaya dan berada, masyarakat islam akan terbela. Masyarakat islam cepat maju, kasih sayang terjalin sesama insan. Hubungan dengan yang kaya dan yang miskin rapat, tiada jurang perbezaan sesama insan dan tiada lagi jenayah serta gejala sosial yang berlaku akibat dari tekanan dan kesusahan hidup. Akhirnya wujudlah perpaduan dan kerjasama, masalah dalam masyarakat dapat diselesaikan kesan dari pemurahnya orang kaya dan kesan daripada tawadhuknya mereka. Inilah masyarakat yang sangat diidam-idamkan oleh semua bangsa dan agama.

SUMBANGAN :

Maybank - 557090309604 -

LOKASI / HUBUNGI :

No. 2, Lorong Pauh Jaya 2/3,
Taman Pauh Jaya,
13500, Permatang Pauh,
Pulau Pinang.

Sebarang Pertanyaan atau Sumbangan Hubungi :

Puan Hafizah : 01128490178


LAMAN WEB :


1 Share = 1 Sedekah :

2 comments:

  1. rumah permata kasih kini dibawah pertubuhan permata al mahabbah pulau pinang dan untuk makluman rumah permata kasih kini bertukar pengurusan iaitu yang menjaga rumah permata kasih bukan lagi puan subiha dan encik ayon tapi puan hafizah-01128490178
    dan ini blog terbaru rumah permata kasih - permataalmahabbah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. diharap dapat sekiranya admin blog ini membetulkan kembali atikel blog ini

    ReplyDelete

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Rumah Anak Yatim - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template