Senarai Terkini :
Home » » Rumah Anak Yatim Permata Camar

Rumah Anak Yatim Permata Camar

Written By Unknown on Wednesday 8 January 2014 | 00:03



PENGENALAN :

PERMATA CAMAR diwujudkan bagi tujuan menyedia dan mengelola sebuah penempatan untuk anak-anak yatim yang miskin dan terbiar serta tiada tempat pergantungan dengan memberikan kemudahan tempat tinggal serta pendidikan (akademik dan kerohanian). Telah mula beroperasi pada 28 Februari 2004 dengan pengambilan awal seramai 5 orang anak-anak yatim dan miskin.

Secara umumnya, PERMATA CAMAR akan dijalankan menerusi 2 peringkat penubuhan iaitu :-

PELAN JANGKA PANJANG - Matlamat sebenar PERMATA CAMAR adalah untuk mewujudkan sebuah penempatan tetap dengan keluasan tanah minima 2 ekar serta dilengkapi dengan blok kediaman, bilik mentelaah, surau, dewan makan, dewan pelbagai guna, tempat riadah dan lain-lain. Kompleks ini yang dijangka mula beroperasi dalam tahun 2006 diharap dapat menampung sekurang-kurangnya seramai 50 Orang anak-anak yatim, miskin dan terbiar yang tiada tempat pergantungan.

PELAN JANGKA PENDEK - PERMATA CAMAR telah memulakan operasi awal pada 28 Februari 2004 di rumah No. 23, Lorong 33, Taman Berjaya Permai, 25150 Kuantan. Seramai 5 orang anak-anak yatim dan miskin telah dipilih untuk menyertai kumpulan pertama ini.

Kehidupan harian mereka ditanggung sepenuhnya oleh PERMATA CAMAR serta diawasi sepenuhnya oleh sebuah keluarga angkat (warden) yang dilantik untuk menjaga mereka. PERMATA CAMAR mensasarkan bilangan anak-anak yang diselia di penempatan sementara ini akan mencapai jumlah 13 orang untuk tahun 2005 ini.

Kos Operasi Rumah Anak Yatim Permata Camar

Kos awal bagi menyediakan prasarana melibatkan perbelanjaan seperti ubahsuai, deposir sewa, pakaian, buku-buku, alatan (katil, meja dan lain-lain) adalah sebanyak RM 20,000.00. Urusetia masih memerlukan sebanyak RM 15,000.00 lagi bagi menampung penambahan prasarana.

Kos operasi adalah sebanyak RM 5,000 sebulan melibatkan makan-minum, wang saku, persekolahan,pakaian pengangkutan, ultiliti, sewa rumah, gaji dan upah serta lai-lain belanja pengurusan.
Pihak urusetia menjangkakan kos operasi tersebut akan meningkat kepada RM 10,000.00 sebulan apabila pengambilan kanak-kanak di penempatan sementara ini mencecah bilangan seramai 13 orang pada tahun 2006.

Bagi merialisasikan jumlah kewangan sebanyak RM 10,000.00 sebulan maka pihak urusetia PERMATA CAMAR mengharapkan agar ada pihak korporat, swasta, badan berkanun, agensi kerajaan, NGO atau mana-mana individu yang prihatin dan dermawan tampil untuk menghulurkan sumbangan secara tetap dan berterusan kepada rumah ini.

Visi Rumah Anak Yatim Permata Camar

Menyediakan penempatan dan kemudahan yang lengkap kepada anak-anak yatim serta miskin dalam proses membentuk individu Muslim yang berakhlak mulia dan mampu berdikari.

Misi Rumah Anak Yatim Permata Camar
  • Membina kompleks yang serba lengkap dengan kemudahan yang selesa dan terkini.
  • Membimbing dan membentuk penghuninya untuk menjadi Muslim sejati serta individu berakhlak mulia.
  • Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berwibawa.
Objektif Rumah Anak Yatim Permata Camar
  • Mengujudkan satu kompleks rumah anak-anak yatim yang diuruskan secara sistematis dan terancang.
  • Membantu dan memberikan nafas baru kepada anak-anak yatim khususnya yang terdiri dari golongan fakir dan miskin.
  • Membuka dan memberi ruang kepada golongan yang berkemampuan untuk menyalurkan sedekah dan sumbangan mereka kepada satu organisasi yang diuruskan secara profesional.
HUBUNGI :

013-986 5851 (En. Azman Ali)

LAMAN WEB :

1 Share = 1 Sedekah :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Rumah Anak Yatim - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template