Senarai Terkini :
Home » » Pusat Asuhan Nur Kasih (Lil Aitam)

Pusat Asuhan Nur Kasih (Lil Aitam)

Written By Unknown on Tuesday 7 January 2014 | 23:55



PENGENALAN :

Penubuhan Pusat ini matlamatnya adalah bertujuan untuk anak-anak yatim Negeri Terengganu atau Luar dari Negeri Terengganu. Bangunan ini mengandungi 2 tingkat, cadangan tingkat atas untuk dijadikan Asrama dan tingkat bawah dicadangkan tempat pembelajaran.

Tetapi buat masa sekarang hasrat itu ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan, pihak kami terpaksa membayar kos sewa bangunan, elaun tenaga pengajar, persiapan asrama, seorang penjaga asrama, api, air dan sebagainya. Suatu masa nanti kami berhasrat untuk memiliki satu bangunan dan mempunyai kawasan untuk pusat ini sendiri dan berhasrat menjadi Pusat yang terbaik dan menjadi Role Model kepada orang lain. Cadangan bangunan itu nanti akan dibina sebuah Pusat Pentadbiran dan Pengurusan, sebuah Asrama Lelaki dan Perempuan, Surau, Kantin, Kelas Pengajian Berhawa Dingin dan lain-lain.

Pihak kami amat mengalu-alukan kepada sesiapa yang dermawan, hartawan, jutawan, ahli-ahli atau syarikat-syarikat korporat untuk menyumbang kepada kami bagi menjayakan matlamat suci dan murni ini demi memartabatkan agama Islam dan membela nasib anak-anak yatim yang memerlukan perlindungan dan penjagaan. Mudah-mudahan niat suci dan sumbangan ikhlas lagi murni itu, akan dibalas oleh Allah Subhanahu Wa Taala dengan ganjaran yang setimpal dengan apa yang disumbangkan itu.

Bagi menjayakan hasrat yang suci dan mulia ini pihak kami amat-amat memohon jasa baik dan sumbangan ikhlas dari semua yang berkemampuan dan berkesudian untuk membantu, sumbangan bolehlah dibuat melalui

SUMBANGAN :

Maybank: 113015115833
BIMB: 13017020163954

atau Sumbangan Melalui Cek Bolehlah Dibuat Atas Nama : Ust.Haji Muhamad Juhari Bin Ismail.

LAMAN WEB :


1 Share = 1 Sedekah :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Rumah Anak Yatim - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template