Senarai Terkini :
Home » » Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail

Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail

Written By Unknown on Saturday 4 January 2014 | 01:35



PENGENALAN :

Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 di mana ianya menyediakan kemudahan asrama bagi anak-anak yatim. Yayasan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1999 dan sesi pengambilan pertama anak-anak ialah pada September 1999 iaitu seramai 30 orang. Sehingga kini setelah 5 tahun beroperasi, asrama yang diberi nama Rumah Ilham ini boleh dimuatkan sehingga 80 orang anak-anak hanya menempatkan 60 orang anak-anak sahaja. Jumlah tersebut dikekalkan mengikut kemampuan kewangan yang sedia ada. Oleh kerana kawasan dan bangunan yang ada agak terhad, asrama ini hanya menempatkan pelajar lelaki sahaja.

Yayasan ini bukan sahaja membela nasib anak-anak yatim, tetapi juga memastikan anak-anak ini dididik dan diasuh dengan disiplin meliputi fizikal, mental dan rohani. Yayasan ini berharap agar anak-anak ini cemerlang dalam bidang pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi dan pada masa yang sama akhlak dan tingkah laku juga adalah terpuji.

Dengan ini mereka boleh menjadi harapan bukan sahaja keluarga bahkan pada agama, bangsa dan negara.

SUMBANGAN :


Sumbangan dan derma ikhlas dari anda semua adalah sangat-sangat kami harapkan dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sumbangan bolehlah diberi dengan mengisi borang derma serta nyatakan nama dan alamat lengkap untuk pengiriman resit resmi (pengecualian cukai pendapatan)

LOKASI / HUBUNGI :

No. 2, Jalan 5/71B, 
Pinggir Taman Tun Dr Ismail, 
Jalan Damansara, 60000 
Kuala Lumpur, 
Malaysia.

Tel: 603-7725 8592 
Faks: 603-7725 6652

E-mel: admin@anakyatimttdi.com.my

LAMAN WEB: 


1 Share = 1 Sedekah :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Rumah Anak Yatim - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template