Senarai Terkini :
Home » » Rumah Anak Kesayanganku (RAK)

Rumah Anak Kesayanganku (RAK)

Written By Unknown on Tuesday 7 January 2014 | 17:37



PENGENALAN :

Rumah Anak Kesayanganku (RAK) ialah sebuah rumah kebajikan yang baru dibuka pada Januari 2007 bersamaan dengan bulan Muharam 1428 yang menempatkan seramai 40 orang anak-anak yatim dan fakir miskin, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat.

JUSTIFIKASI

Sejarah telah membuktikan dimana Rasulullah sendiri dikenali sebagai anak yatim. Malahan kebanyakan orang Tuhan seperti Rasul-rasul dari kecil lagi dipisahkan dari ibu dan ayahnya kerana orang yang dibesarkan dengan ibu dan ayah selalunya bersandar dengan ibubapanya. Maka terlindung pula dia daripada bersandar kepada Tuhan. Sebab itu orang Tuhan, Tuhan pisahkan supaya kuat bersandar kepada Tuhan. Kalaupun mak ayahnya tidak mati sepertimana Nabi Yusuf tetapi dia tetap terpisah dari ibu dan ayahnya selama 40 tahun. Sebab itu kalau bukan Rasul pun seperti Imam Syafie telah terpisah dari mak dan ayahnya semenjak kecil. Begitu juga Imam Ghazali pun terpisah dengan mak dan ayahnya. Oleh itu, terpisah dengan mak dan ayah bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan.

MENGAPA NAMA RAK?

Rumah : lambang tempat perlindungan dan mendapatkan perlindungan dan kasih sayang.
Anak Kesayangan : anak-anak yatim dan fakir miskin serta anak-anak yang layak menerima zakat dan bantuan adalah anak-anak kesayangan Allah dan Rasul. Maka sesiapa yang mengasihi dan membela mereka mendapat ganjaran besar disisi Allah dan Rasul. Mereka harus dianggap sebagai anak angkat yang diberikan kasih sayang dan pembelaan.
Ku : kami ingin mengajak setiap orang merasakan bahawa anak-anak yatim ini merupakan tanggungjawab bersama sebagai amanah yang harus dipikul bagi memastikan golongan ini terbela Dunianya dan akhiratnya.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Menyalurkan segala sumbangan yang diterima bukan setakat untuk anak-anak yatim dan fakir miskin yang tinggal di Asrama Anak Kesayanganku tetapi turut diberikan kepada anak-anak yatim dan asnaf zakat yang tinggal bersama keluarga mereka.

Melatih anak-anak Kesayangan untuk menjadi penghibur kepada anak-anak yang senasib dengannya yaitu melalui aktiviti-aktiviti lawatan ke asrama-asrama anak yatim yang lain dan mengadakan persembahan dan program motivasi.

Menubuhkan Kelab Remaja Putera/Puteri Harapan bagi anak-anak yatim peringkat menengah dan Kelab Anak-Anak Kesayanganku bagi anak-anak yatim peringkat kanak-kanak.
Menyediakan khidmat kaunseling kepada ibubapa/penjaga/waris yang berhadapan dengan masalah anak-anak remaja.

Menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran & Tajwid, hafazan Surah, Fardhu Ain, Bahasa Arab dan Jawi secara percuma untuk anak-anak dan remaja yang berminat tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti tuisyen berbayar.

Senarai keperluan secara kasar untuk kos secara kasar untuk kos penempatan, pendidikan, kebajikan dan perubatan Rumah Anak Kesayanganku :

1- Penempatan (kos sewa 8 buah asrama) RM 3,900.00
2- Bil air & elektrik (8 buah rumah) RM 5,500.00
3- Sewa bangunan KAFA Anak Kesayanganku RM 1, 800.00
4- Bil air & elektrik KAFA RM 2,000.00
5- Sewa bangunan Bakery Anak Kesayanganku RM 1,400.00
6- Bil air & elektrik Bakery RM 2,000.00
7- Bil telefon & fax RM 500.00
8- Makan minum (RM 5 X 150 X 30 hari) RM 22,500.00
9- Pengangkutan (minyak) RM 2,000.00
10- Bulanan kereta (2 buah) RM 1,077.00
11- Bulanan van (2 buah) RM 1,900.00
12- Kos rawatan & perubatan RM 2,500.00
13- Keperluan persekolahan RM 1,450.00
14- Alat tulis/buku rujukan/bahan bacaan RM 2,000.00
15- Wang saku sekolah (RM 1) RM 1,760.00
16- Pakaian harian RM 2,000.00
17- Elaun staff dan warden (RM500 X 7) RM 3,500.00
18- Pengurusan RM 1,500.00
19- Kebajikan RM 2,500.00
20- Iklan/flyers/promosi RM 400.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 58,337.00

SUMBANGAN :

Atau terus ke akaun RAK : (Maybank) 512017007603.
Cek di atas nama : Anak Kesayanganku

LOKASI / HUBUNGI :

Pejabat dan Kelas Pengajian RAK :
No 23A, Jalan Inai 2, Seksyen BB3, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.

Asrama Anak Yatim Lelaki :
No. 24, Jln Anggerik 4A, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.

Asrama Anak Yatim Perempuan :
No. 7, Jln Anggerik 4B, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.

Taska Anak Yatim dan Ibu Tunggal :
No. 17, Jln Anggerik 4A, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.

En Taufik Redha : 013-6297913
Pn Nasibah : 013-6364956
Telefax : 603-60281434

LAMAN WEB :


1 Share = 1 Sedekah :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Rumah Anak Yatim - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template