Senarai Terkini :
Home » » Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)

Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)

Written By Unknown on Saturday 4 January 2014 | 02:07



PENGENALAN :

Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) telah ditubuhkan pada 30 November 2005 dan diluluskan sebagai pertubuhan berdaftar pada 30 Disember 2005 di bawah akta S (7) Akta Pertubuhan 1996. Ia adalah sebuah anak badan sukarela yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak yatim di Negeri Sembilan.

Sehingga kini terdapat seramai 43 orang anak-anak yatim yang bersekolah dan tinggal di bawah jagaan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA). Anak-anak ini ditempatkan di tiga buah rumah di sekitar Ampangan, Seremban. Rumah-rumah tersebut telah diubahsuai menjadi sebuah asrama di lengkapi dengan pelbagai kelengkapan terutamanya pembelajaran.

Asrama perempuan yang diberi nama Saidatina Humairah dan asrama lelaki Saidina Hassan di sewa daripada penduduk setempat.Saidina Hussin diberi kebenaran untuk tinggal tanpa sewa oleh seorang hamba Allah.

Anak-anak yatim yang diambil untuk di tinggal di bawah Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) terdiri daripada anak-anak yang bersekolah iaitu anak-anak yang berumur dari 1 tahun sehingga 19 tahun. Anak-anak ini dipilih daripada latar belakang keluarga yang betul-betul memerlukan bantuan.

SUMBANGAN :

Jika anda ingin membantu kami, sila beri sumbangan di bawah nama:

PERTUBUHAN ANAK YATIM DARUL AMINAN
NO AKAUN : 05-01201-005962-5
(Akaun Bank Islam Malaysia Berhad)

ATAU

Sila hubungi warga kerja yang tertera di bawah :
Haji Kamalul Arifin b Abu Kasim (Pengerusi)
013-349 4442
Puan Ruzita bt Abd Aziz (Pengurus Operasi)
017-316 2428

1 Share = 1 Sedekah :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Rumah Anak Yatim - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template