Senarai Terkini :
Home » » Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ)

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ)

Written By Unknown on Saturday 4 January 2014 | 01:49



PENGENALAN :

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ) telah di tubuhkan pada hari Ahad 1 Januari 1978 di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah , Jalan Duke, Johor Bahru.

Dengan semangat yang penuh kesedaran dan keinsafan ahli-ahli perseorangan, sukarelawan, pertubuhan politik dan kebajikan sukarela, pegawai-pegawai kerajaan dan ahli perniagaan yang hadir pada hari itu telah bersetuju menubuhkan PKAYJ untuk memberikan bantuan, pertolongan, bimbingan, asuhan didikan rohani dan jasmani agar anak-anak yatim piatu/ yatim bapa ini menjadi seorang insan yang terbela hidupnya dan bertaqwa.

Pada 30 Oktober 1979 Kerajaan Negeri Johor telah meminjamkan sebuah rumah kediaman pegawainya di No. 118, Jalan Bukit Cagar, Johor Bahru kepada pertubuhan ini dan PKAYJ telah menamakannya “ RUMAH BARKAT ”.

Memandangkan bilangan anak-anak yatim piatu / yatim bapa pada masa itu lebih daripada 5,000 orang, PKAYJ tidak berupaya memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka. Setelah RUMAH BARKAT di baik pulih bangunannya, pada 26 April 1980 PKAYJ telah menempatkan anak sulongnya seramai 15 orang yang memenuhi syarat-syarat berikut:-

1. Yatim piatu/yatim bapa
2. Bersekolah dan umurnya tidak melebihi 12 tahun
3. Permohonan dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat
4. Laporan pengesahan Doktor

Bilangan anak-anak yang tinggal di RUMAH BARKAT bertambah dari tahun ke tahun.Kemasukkan mereka adalah melalui permohonan waris-waris.Oleh kerana RUMAH BARKAT hanya boleh menempatkan seramai 180 orang sahaja, pemilihan berdasarkan syarat-syarat di atas telah di laksanakan sebagai garis panduan di atas.

Anak-anak yang tinggal di RUMAH BARKAT dibiayai sepenuhnya keperluan mereka sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi. Alhamdullilah, dalam tempoh masa 22 tahun yang lalu, anak-anak daripada RUMAH BARKAT yang berkelayakan telah dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Pusat Latihan Kemahiran, Intitusi Kemahiran Mara, Politeknik, Institut Teknologi Mara, Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Maktab Perguruan, Universiti Teknologi Malaysia, Madrasah Tahfis Al-Quraan dan Metalindustries College Copenhagenn, Denmark.

Kelas-kelas Bimbingan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains Rumahtangga, Celik Komputer, Kelas Al-Quraan ( Qiraati ) dan Fardhu Ain turut disediakan bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik serta memberikan anak-anak pengisian rohani.

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil diadakan setiap malam Jumaat bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan bagi para penderma dan kepada semua yang terlibat membantu dalam melancarkan perjalanan pengurusan anak-anak yatim di Rumah Barkat.

Majlis-Majlis Keagamaan seperti Majlis Maulidurrasul (S.A.W), Majlis Khatam Al-Quraan, Malam Israk dan Mikraj, Nisfu Sya’aban, Majlis Berbuka Puasa, Solat Terawih dan Tadarus serta Sambutan Maal Hijrah di adakan juga di Rumah Barkat sepanjang tahun.

Dengan pertolongan dan sumbangan ahli-ahli dermawan pada 15 Mei 1983 RUMAH BARKAT telah menembah dua blok bangunan untuk anak-anak perempuan, membina dewan makan dan enam (6) buah rumah kakitangann dengan harga RM 291,000.00.

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khasnya kepada Kerajaan Negeri Johor, Ahli-Ahli PKAYJ serta dermawan yang telah memberikan sokongan bantuan, sumbangan dan dorongan semenjak penubuhan pertubuhan ini sehinggalah masa ini dapat mendirikan sebuah Komplek Rumah Barkat yang mengandungi dua blok asrama, sebuah dewan serbaguna, Bilik Perpustakaan, Bilik Rawatan, Bilik Tetamu dan surau dengan harga 4.0 juta ringgit. Bangunan asal rumah kediaman pegawai kerajaan dan juga bangunan tambahan yang telah di dirikan dalam tahun 1983, telah di perbaiki dan di ubahsuai serta di besarkan untuk Pusat Sumber dan Sekolah Agama.

Pertubuhan ini juga telah dapat memberi Bantuan Derma Pelajaran kepada lebih 750 orang anak-anak yatim piatu dan yatim bapa yang tinggal bersama-sama waris atau penjaga mereka di Daerah Johor Bahru dan Kulai yang berdaftar melalui Pejabat Daerah Johor Bahru, yang tidak bersekolah dan di bawah umur tujuh (7) tahun dapat di sampaikan semasa RUMAH BARKAT mengadakan sambutan tahunan Ma’al Hijrah setiap tahun. Dengan terlaksananya bantuan ini, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor dapat membantu dan menolong semua golongan anak-anak yatim di bawah tanggungannya. Bangunan JKR 1532. Rumah Kediaman Pegawai Tinggi Kerajaan Johor telah di beri kepada Pertubuhan ini dalam bulan Disember 1999. Bangunan ini telah di baikpulih, di ubahsuai, di besarkan dan di gunakan untuk Perpustakaan Bilik Rawatan, Bilik Tetamu dan untuk anak-anak menjalankan kegiatan dan kerja-kerja sekolah. Rumah Barkat telah mengeluarkan belanja sebanyak RM 289,481.00 untuk kerja-kerja tersebut dan bangunan ini telah mula di gunakan pada 9 Oktober 2000.

LOKASI / HUBUNGI :

Kami boleh dihubungi melalui,
Pn Hjh Hendon bte Abdullah (Penyelia)
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ)
118, Jalan Bukit Cagar, Johor Bahru, Johor, 80300, MALAYSIA
Telefon: +607-2234664 / +607-2261511
Fax: +607-2220377

1 Share = 1 Sedekah :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Rumah Anak Yatim - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template